Labels

Wednesday, 11 May 2016

PIZZA

APAKAH PIZZA?
Pizza merupakan makanan yang semakin digemari oleh semua golongan masyarakat pada masa ini.

Ada 2 jenis base roti sebenarnya untuk pizza:
soft base pizza yang rotinya gebu, lembut dan tebal seperti roti bun.
hard base pizza yang rotinya ragup, nipis dan sedikit liat/kenyal seumpama roti pita.  
Lebih ramai orang yang menggemari soft base pizza walaupun kandungan karbohidratnya tinggi.

Proses terpenting dalam penghasilan pizza adalah teknik membuat roti.
Secara asasnya dalam pembuatan pizza adalah rotinya yang lembut.
Oleh itu perkara yang penting dalam buat pizza adalah jenis tepung gandum yang digunakan perlulah tepung yang kandungan protein yang tinggi atau dalam istilah teknologi makanan mengandungi banyak gluten.
Untuk lebih mudah, tepung roti digunakan dalam pembuatan pizza.

Bahan kedua penting dalam pembuat pizza adalah yis. Yis yang digunakan mestilah berfungsi dan hidup semasa proses membuat doh. Jika tidak roti asas untuk membuat pizza tidak akan naik dan keras.
Pizza juga mempunyai topping yang boleh dipelbagaikan. Bahan terpenting dalam topping termasuklah keju dan sos.
Seeloknya pizza dihidangkan panas.

No comments:

Post a Comment